9 October 2016

Siapa tahu..

Assalamualaikum readers..

Siapa tahu minggu cuti midterm hari itu ialah minggu terakhir aku dengan mak..
Siapa tahu hari raya aidilfitri dan hari raya haji tahun ni ialah hari raya terakhir aku dengan mak..
Siapa tahu hari ahad itu ialah hari terakhir aku dengar suara mak..
Waktu tu aku dan kakak dah suku perjalanan nak balik KL,mak call cakap aku tertinggal nasi goreng mak masak yang aku tapau nak makan dekat bilik..
Siapa tahu hari itu juga hari terakhir aku peluk tubuh mak,cium pipi mak,peluk bahu mak sebelum balik KL..
Siapa tahu itu adalah lawak terakhir aku dengan mak..
Aku cakap dekat mak,'mak,kan bagus kalau Ya jadi anak tak berguna,duduk rumah ja,lepak2 tengok tv,basuh baju,kemas rumah.' Dan mak cakap 'berguna la tu,berguna untuk mak ayah.' sambil semua gelak2..
Siapa sangka malam itu malam terakhir aku dengan kakak keluar sama2 dengan mak..
Kami bawa mak pergi klinik tapi doktor cakap jantung mak sihat,cuma mak penat ja..
Siapa sangka bukan masalah jantung yang datang tapi masalah lain..
Siapa sangka malam itu juga malam terakhir aku dapat naik kereta sama2 dengan emak..
Siapa sangka hari itu ialah hari aku kehilangan seorang insan hebat yang bergelar emak..

Kepada readers blog,saya baru kehilangan seorang wanita mulia bergelar emak pada 20 September 2016 yang lalu. Saya harap readers dapat sedekahkan al fatihah buat arwah mak saya di sana. Doa awak2 semua amat saya hargai,hanya Allah mampu balas. Benarlah kehilangan seorang insan bergelar ibu betul2 merobek hati. Tak kira lah bila kita kehilangan insan itu,sama ada ketika masih kecil atau dewasa. Aku,kehilangan seorang emak pada usia 22 tahun dan ini merupakan satu ujian paling besar dalam hidup. Pada usia ini,masih banyak cerita yang nak dikongsi,masih banyak persoalan tentang kehidupan seorang wanita yang hendak ditanyakan kepada emak. Tapi itulah takdir,Allah Maha Agung,urusan mak di dunia dah selesai. Semoga mak tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin,amin,amin.. kepada readers,terima kasih banyak2 atas doa anda :')

No comments:

Post a Comment