27 April 2017

Tahniah kawan! ♡

'Wehh,dia ajak aku kahwin!'

'Hah?! Serious la ni?!!'

*aku menangis dasyat*

Aku tak kira juga tapi aku rasa berita gembira ni aku patut cerita dekat blog! Ya ampun,kawan aku dah nak kahwin! Kawan sekelas aku yang dulu perangai macam agak childish dah nak kahwin dah tahun depan,insyaallah! Ini memang kisah benar, aku menangis dasyat juga sebab aku happy sangat untuk kawan aku. Walaweii,orang yang dia sayang ajak kahwin kot! Tapi kawan aku chill,bila aku tanya dia menangis tak,dia cakap tak pun tapi speechless tak tahu nak kata apa. Aku yang menangis over lepas dapat tahu berita ni. Menangis kegembiraan :'D Lama betul aku dah tak menangis kegembiraan macam malam hari tu sebab sebelum2 ni asyik menangis sedih menahan rindu pada yang telah pergi.

She sounds very excited during the call and same goes with me. Sampai sekarang aku still susah nak percaya,macam betul ke kawan aku ni nak kahwin dah?! Baru beberapa bulan lepas overnight dekat rumah dia,tuptup nak kahwin dah!! The best part is they already went to survey the wedding ring!! Dan pihak lelaki nak bertunang dulu walaupun kawan aku cakap tak perlu tunang sebab nak jimat duit. Huaaa,I'm dying!! Cause I'm so so so happy for her!! #relationshipgoal #tilljannah

(Tahun depan kawan aku dah boleh guna #tilljannah dengan tenang)

Mostly member yang dah kahwin macam sebelum ni bukan member yang rapat macam si sorang ni. So bila member yang rapat dah nak kahwin,yang perangai macam budak2 ni yang nak kahwin dulu,aku jadi excited! Sebab sampai sekarang aku tak boleh nak bayang macam perwatakan girly dia ni depan bakal tunang/husband dia. Boleh gelak sampai tua kalau boleh bayang watak dia.

Cause we girls have different characters when being with friends and the loved one.

Kepada member aku tuu,aku doakan semoga segala perancangan baik hangpa nak bina masjid berjalan lancar. Semoga hati masing-masing kekal sampai ke akhir hayat walau apa pun yang terjadi. Proses nak menikah pun mencabar,so all the best and good luck kawan! Selamat ke kursus perkahwinan. Anything you want to update,I'm always here to hear it. Sebab aku perlukan pengalaman dari hang untuk tolong aku pula ready dengan majlis aku nanti hihihi ♡

No comments:

Post a Comment