1 May 2017

Nak rambut lurus? Baca ni!

Assalamualaikum,hello readers :)

Selamat hari pekerja!

Aku ada masalah rambut suka terkeluar dari barisan dia. Macam mana tu? Hahahaha. Dia macam ada rambut yang tak sama panjang so dia akan terkeluar cacak2 dekat atas. Aku rasa majoriti girls yang bertudung akan alami masalah yang sama macam aku. Orang cakap jangan cantik luaran je,dalaman pun kena cantik juga. Amboii,dah macam nak promote ubat hormone dah lulz. Maksud aku dalaman ni rambut kita la,yang luarannya tudung. Rambut dalam tudung so aku consider dia dalaman. Post kali ni aku nak share satu produk rambut yang memang aku suka sangat. Aku baru je guna produk rambut ni tapi effect dia memang bagus. Rambut dah makin lurus and confidence dah bertambah. Haaa,tu yang penting,confidence! Walaupun kita bertudung,confidence dengan rambut sendiri pun penting tau sebab nanti nak kahwin,takkan nak mengerbang macam kak limah.

So ni lah produk yang aku nak share tu.

Crystal liquid : Silky & soften dari Hairdepot


Produk ni sejenis liquid,macam minyak rambut tapi dia lagi cepat serap. Picit-picit dekat tapak tangan generously,then you apply it on your hair from top to bottom. Bau dia pun wangi sebab bau jojoba oil. Harga waktu aku beli baru2 ni dekat hairdepot midvalley ialah RM28 and dapat satu lagi botol free. Kalau nak jimat duit,boleh la kongsi duit,dapat sorang RM14. Insyaallah,produk rambut crystal liquid ni dapat buat rambut korang jadi lurus and rasa ringan. Aku pun dapat tahu pasal produk ni dari cousin aku sendiri. Lagipun memang dah cari lama produk untuk rambut tapi semuanya mahal. Disebabkan produk ni brand kedai tu sendiri, Hairdepot so harga dia berpatutan lah dan yang paling penting,result dia memang memuaskan rambut dan hati aku!!

So readers,especially girls,kalau awak nak rambut lurus,shining,rasa ringan je bila pakai and buka tudung,aku cadangkan korang beli produk ni dari hairdepot. Hairdepot kalau area selangor/kl yang aku tahu ada dekat midvalley and nu sentral. Feel free to try this product because I bet you will never regret it. 

Feel beautiful,be confidence!

Konklusi :

Nama : Crystal Liquid
Kedai : Hairdepot
Harga : RM28 + free satu botol lagi (currently)
Size : 120ml
Bau : Wangi!! Bau jojoba oil!
Tekstur : Liquid + ringan untuk rambut
Effect : Rambut lurus,licin and bersinar ♡

Harap informasi pasal produk ni dapat tolong awak2 yang ada masalah rambut tak lurus :)

2 comments:

  1. Replies
    1. Ye dik syeers. Ada jual dekat mid and nu sentral. Yang lain2 kak tak pasti. Dik syeers try tau produk ni ;)

      Delete