13 August 2017

the real long distance relationship

Aku rasa salah satu terapi bila aku rindu mak adalah dengan menulis. Kadang-kadang bila air mata turun laju,berderu-deru ayat yang keluar dalam otak ni minta ditulis. Aku rindu mak..

Hari ni hari ahad. Banyak kereta parents yang datang jumpa anak-anak dekat intec ni. Aku cemburu.. aku nak juga mak datang melawat aku tapi aku tahu sampai bila-bila tak boleh. Hanya air mata dalam hati yang aku mampu..


Bila aku cerita dekat ayong (kakak) dengan adik yang aku rindu mak,diorang mesti akan cakap,
'cokia ngat aihh'

Tapi aku tahu,sedalam-dalam hati diorang,diorang pun rindu mak sangat-sangat. This situation keep on reversing. Bila adik cakap dia menangis rindu mak,aku dengan ayong pula akan cakap cokia ngat aihh dekat adik. Kami buat lawak sesama sendiri untuk tak nak rasa sedih tu datang. Aku rasa salah satu kekuatan aku sekarang adalah ayong dengan adik. Terasa kasih sayang tu melimpah ruah dari dua insan ini..

Mak,kami rindu mak. Air mata ya turun laju mak. Mata aku bengkak bila bangun pagi sebab tengah malam aku menangis rindu insan yang paling aku sayang. Tiada apa yang mampu aku buat waktu tu selain istighfar banyak kali bila hidung aku tersumbat teruk dan tangisan aku makin laju. Hanya alfatihah dan doa,

Ya allah,kau ampunilah dosa-dosa mak yang lalu
Kau terimalah segala amalan kebaikannya ketika dia masih hidup
Pahala dia melahirkan dan membesarkan kami
Kau tempatkanlah mak di kalangan orang yang beriman ya allah
Kau permudahkanlah urusan mak di dalam kubur bersama para malaikatMu
Kau luaskanlah kubur mak
Kau terangilah kubur dengan cahaya doa daripada kami ya allah
Cabutlah rasa sedih daripada hati-hati aku dan adik-beradikku ini ya allah

Doa yang sama aku ulang setiap kali lepas solat. Ulang dan ulang hanya untuk mak. Sebab tiada apa lagi yang mampu aku berikan,hanya doa. Aku benci hubungan jarak jauh ni. Aku tahu aku takkan dapat jumpa mak lagi dah melainkan di sana nanti,di pintu syurga. I miss you so much mak... satu perasaan dasyat yang tak mampu aku huraikan melainkan dialami sendiri.

Mak,ya dah straight pass 4 paper. Ya ingat ya tak mampu buat dah acca ka apa semua ni sejak mak pergi tapi ya berjaya mak. Ya jadi kuat sebab ada insan-insan yang tolong ya masa emosi ya jatuh teruk.

Again,i miss you so much mak.
Alfatihah untuk mak aku dan semua mak readers blog aku..


2 comments:

  1. Be strong shakira, mudah2an mak shakira ditempatkan di kalangan org yg beriman.. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah,amin. Thank you so much for the words.

      Delete