23 July 2016

Samyang ramen challenge

Assalamualaikum,hey my readers! :)

Hari ni dekat shah alam hujan. Start dari pukul 12 tengah hari sampai la ke petang. Sekarang memang musim hujan dan bila hujan,alangkah indanhya kalau dapat makan something yang panas. Memang dinner aku seriously 'panas' hari ni. Bibir,oesophagus,tekak,lidah semua panas!! Ni semua gara-gara aku makan samyang ramen hot chicken. Sebelum ni pernah rasa ciput je,tu pun housemate punya. Time makan yang ciput tu,rasa macam tekak ni boleh go on. Lagi pun memang sedap sebab rasa ayam tapi bila malam ni makan sorang-sorang satu mangkuk,nauuzubillah,tekak tak boleh terima!! Pedas!!!
korean night iolls

Tengok betapa merahnya warna ramen ni semerah bibir aku masa tengah makan tu :(


Waktu first suap masuk mulut tu,memang rasa sedap sangat sebab perisa ayam. Lepas nak masuk suap yang kali ke dua dengan pedas cili tu dah mula terasa,ya allah,serius aku habaqmai,rasa sedap ayam tu semua hilang! Terus rasa takmau makan dah sebab tiba-tiba deria rasa sedap tu hilang,deria yang wujud waktu tu cuma pedas. Time sebelum makan kemain seronok aku bagitau encik jan malam ni nak makan ramen samyang. Lepas satu suap,terus whatsapp dia bagitau,pedas!! Aku mula sedaqq yang aku memang tak boleh nak go on lai dah dengan pedas ni so satu langkah terpaksa di ambil. Aku tuang air mineral dalam ramen ni and tos buang air tu dalam sink. And jjangg,warna merah dengan pedas kaww dah kurang hahaha.

Warna merah dah luntur sikit,pedas pun dah kurang.


Rasanya lepas ni takmau dah beli ramen samyang ni. Perut aku OK ja nak makan pedas-pedas ni tapi disebabkan ramen samyang yang ni memang seriuosly pedas,aku give up. Mahal juga la satu mangkuk ramen ni aku beli dekat aeon big,tak silap aku rm7.40. Kalau yang satu pek ada lima bungkus,dalam rm24.50. Hari tu ternampak dekat padang kemerdekaan shah alam,ada orang jual satu pek 5 bungkus tu rm30. Gila mark up punya tinggi. Kalau ada readers nak cari juga,better pergi cari dekat supermarket @ mall. Selalu yang jual sendiri-sendiri ni,depa dah mark up harga tinggi. Rugi duit hangpa sebab aku jamin,lepas dah makan satu,mesti dah takmau makan lagi dah. Melainkan kalau hangpa ni memang pencinta korea huhu.

Apa-apa pun aku berjaya habiskan juga!! Yeayyy!!


Takmau dah makan ramen samyang ni!! Sedap lagi makan bibimbap dengan sup daging korea dekat dubu-yo. Aduii,craving makanan korea pula kali ni. Hari tu jepun. Matilanoks dapat member asyik nak makan itu ini macam aku ni :]

Kalau ada readers yang dah try ramen samyang ni,apa cerita korang? Ada keluar air mata,air hidung macam aku tak? Lulz :p

No comments:

Post a Comment