25 March 2018

mak,malam dan komputer

Assalamualikum,holla readers :)

Sekarang pukul 7.37 malam. Azan maghrib baru je lepas. Teringat dulu masa aku darjah-darjah,dekat rumah ada satu komputer untuk kegunaan aku adik beradik. Waktu tu dekat rumah aku takdak siapa lagi yang ada laptop sebab zaman tu boleh kata laptop tebal batu pun mahal. Lagipun tahun2 dulu gitu laptop tak up lagi. Mak ada syarat ketat untuk aku dengan adik kalau nak guna komputer : Lepas maghrib tak boleh guna komputer.

Ya ampun,syarat apakah ini hahaha. Jiwa muda aku memberontak juga waktu tu,ya lah,waktu malam la facebook,myspace,friendster ramai yang online. Time tulah boleh nak chat dengan kawankawan. Lagipun waktu malam la paling best nak main game zoo tycoon,red alert semua sebab malam tenang nak main game.Tapi syarat mak,malam tak boleh on komputer. Antara sebab yang mak bagi :

1) nanti bil elektrik naik
2) nanti mata rosak
3) esok sekolah,nanti mengantuk

Kadang-kadang bila nak juga-juga on komputer malam-malam,aku akan tanya ayah hehe. Sebab kalau tanya ayah,comfirm dapat guna komputer pastu main game,on internet sat. Lepas tu bila mak nampak aku dapat on komputer malam tu,terus dia add on syarat baru - nanti pukul 10 mesti off komputer. Nak tergelak pun ada bila aku ingat balik. Mak is sho cute :*

Zaman dulu-dulu kalau nak on internet kena connect guna line telefon. Lepas tu bunyi nak connect tu punya la kuat,memang nak bagi satu rumah dengaq ka apa. Kadang-kadang konon-konon nak sembunyi2 buka internet malam-malam tapi disebabkan bunyi line internet kuat,kantoi juga dengan mak lulz.

Sekarang bila dah besar panjang,masing-masing dah ada laptop sendiri,internet sendiri,bila-bila masa ja boleh on laptop,internet. Dah takdak rules yang nak diikut. Agaknya sebab tu lah mata asyik tak cukup rehat sebab tak cukup tido dok tengok runningman. I miss the old time!! Guna komputer yang monitor dia besaq,nak connect internet bunyi trett triuuutt trett triuutt,kalau orang call terus ter-dissconnect hahaha. The struggle is real.

And of course I miss my mak!! Mak,thanks for your syarat on nak guna komputer. Insyaallah,will imposed that syarat to my future kids too later :)

No comments:

Post a Comment